Spider-Man: Into the Spider-Verse

Spider-Man: Into the Spider-Verse ialah filem adiwira animasi komputer Amerika Syarikat 2018 yang diadaptasi dari watak Marvel Comics, Miles Morales/Spider-Man. Filem ini diterbitkan oleh Columbia Pictures dan Sony Pictures Animation dengan kerjasama Marvel dan diedarkan oleh Sony Pictures Releasing. Ini merupakan filem cereka animasi pertama dalam siri Spider-Man. Filem ini mengambil latar di semesta selari bersama bernama "Spider-Verse" yang memiliki banyak semesta alternatif.[lower-alpha 1] Filem ini diarahkan oleh Bob Persichetti, Peter Ramsey, dan Rodney Rothman. Lakon layarnya ditulis oleh Phil Lord dan Rothman. Filem ini dibintangi Shameik Moore yang memegang watak Morales, Jake Johnson, Hailee Steinfeld, Mahershala Ali, Brian Tyree Henry, Lily Tomlin, Luna Lauren Velez, John Mulaney, Kimiko Glenn, Nicolas Cage, dan Liev Schreiber. Dalam Spider-Man: Into the Spider-Verse, Miles Morales ialah salah satu dari beberapa Spider-Man yang bersatu untuk menyelamatkan New York City dari Kingpin.Perancangan pembangunan animasi Spider-Man oleh Lord dan Christopher Miller didedahkan pada tahun 2014 dan secara rasmi diumumkan pada April 2015. Persichetti, Ramsey, dan Rothman bergabung dua tahun kemudian. Moore dan Schreiber dipilih sebagai pelakon pada April 2017. Lord dan Miller mahu filem ini memiliki gaya yang khas, menggunakan animasi komputer Sony Pictures Imageworks dengan komik tulisan tangan tradisional yang diilhamkan oleh karya pencipta tokoh Miles Morales, Sara Pichelli. Animasi filem ini menggunakan khidmat 140 jurunanimasi, pasukan terbesar sepanjang sejarah Sony Pictures Animation.Spider-Man: Into the Spider-Verse memulakan tayangaj perdana di Regency Village Theater di Los Angeles pada 1 Disember 2018, lalu dikeluarkan di pawagam Amerika Syarikat pada 14 Disember 2018. Filem ini meraih $329 juta di seluruh dunia melepasi kos pembikinannya, $90 juta. Filem ini mendapat banyak pujian bagi animasi, watak, cerita, lakonan suara, humor, dan muziknya. Filem ini memenangi Filem Cereka Animasi Terbaik di Golden Globe ke-76 dan Critics' Choice Awards ke-24 dan mendapat banyak nominasi, termasuk Anugerah Akademi untuk Filem Animasi Terbaik di Anugerah Akademi ke-91. Kesinambungan dan filem berasingan sedang dalam perancangan.

Spider-Man: Into the Spider-Verse

Bahasa Inggeris
Cerita oleh Phil Lord
Berdasarkan
Muzik oleh Daniel Pemberton
Lakon layar oleh
  • Phil Lord
  • Rodney Rothman
Disunting oleh Robert Fisher Jr.
Pengarah
Syarikat-syarikatpenerbitan
Penerbit
Pecah panggung $329,3 juta[3]
Mula ditayangkan 1 Disember 2018 (2018-12-01) (Regency
Village Theater)
14 Disember 2018 (Amerika Syarikat)
Tempoh tayangan 117 minit[1]
Dibintangi oleh
Negara Amerika Syarikat
Pengedar Sony Pictures Releasing
Perbelanjaan $90 juta[2]